Nasional

Bantuan Khas Covid Fasa 3 dibayar Isnin ini – PM

PEMBAYARAN Fasa 3 Bantuan Khas Covid sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini.

Perdana Menteri Datuk Deri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion kepada 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu di https://bkc.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

 

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button