Ekonomi

Bank Rakyat santuni orang ramai dengan berikan daging korban

DALAM semarakan program Cahaya Aidiladha Bank Rakyat terus menyantuni golongan yang memerlukan dengan menagihkan pek daging korban sebanyak 13,213 di seluruh negara.

Agihan daging daripada 181 ekor lembu melibatkan 1,267 bahagian lembu serta 214 ekor kambing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.25 juta itu disumbangkan oleh pelanggan Bank Rakyat melalui Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Surau Al-Barakah yang turut menguruskan ibadah korban tersebu

 

Program ini melibatkan kerjasama 13 rakan strategik iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang, Pusat Latihan Polis Dungun, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Universiti Teknologi MARA Kedah, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Masjid Qariah Kampung Paya Port Dickson, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, UiTM Shah Alam, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Bangi, Majlis Sukan Negeri Selangor serta Surau Al-Barakah bermula pada 21 Jun hingga 2 Julai 2024.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Akaun Simpanan-i Tabung Qurban ini membantu pelanggan untuk melakukan simpanan yang lebih sistematik selain menyediakan perkhidmatan ibadah korban yang lebih terjamin dan selamat di dalam dan luar negara.

Penyertaan ibadah korban juga boleh dilaksanakan melalui SMS yang dihantar oleh Bank Rakyat kepada pelanggan dengan simpanan yang telah mencapai harga minimum korban semasa.

Di samping itu, Bank Rakyat juga menyumbang sebanyak RM15,000 kepada 50 orang asnaf yang menerima RM300 setiap seorang serta keperluan asas seperti beras dan minyak masak di setiap lokasi agihan daging korban.

Dalam pada itu, Bank Rakyat turut memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap institusi yang bekerjasama dalam menjayakan Program Cahaya Aidiladha bagi tujuan pengimarahan masjid dan surau.

Menurutnya, program yang dijalankan ini merupakan inisiatif jangkauan komuniti berterusan Bank Rakyat bagi berkongsi rezeki serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan ketika musim perayaan ini.

Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan dan ihsan Bank Rakyat terhadap kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

Selain itu, Bank Rakyat telah melancarkan produk Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Akaun Simpanan-i Ibadah Umrah berkonsepkan Tawarruq pada 17 Mei 2024 yang lalu.

Untuk berpeluang memenangi 1 gram wafer emas, pelanggan boleh membuka Akaun Simpanan-i Tabung Qurban sebelum 30 September 2024 dan mengekalkan baki minimum RM1,500.00 di akhir tempoh kempen. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Akaun Simpanan-i Tabung Qurban boleh layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan Bank di talian 1300805454 serta mengunjungi mana-mana Cawangan Bank Rakyat yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat salur RM83,000, bantu tingkat ekonomi penduduk luar bandar melalui Jāriah Al-Barakah

Bank Rakyat santuni golongan asnaf di sekitar Sungai Buloh

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button