Politik

Bala Covid-19 merebak kerana tindakan khianat Azmin, Muhyiddin

VIRUS Covid-19 yang semakin merebak di negara ini akibat perbuatan khianat beberapa pihak dalam Perikatan Nasional.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mendakwa tindakan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddn Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyebabkan negara ditimpa bala.

Khalid berkata, virus Covid-19 yang terkawal ketika pentadbiran Pakatan Harapan merebak pada 27 Februari ketika Kerajaan Pakatan Nasional ditubuhkan.

“Sebelum itu terkawal. 24 kes, 22 sembuh. 2 sahaja dalam rawatan.

Gelombang kedua pada 27hb Feb semasa Kerajaan PN sedang ditubuh, tak ada Kabinet. Kabinet ditubuh 10 Mac. Tindakan khianat Azmin, Muhyiddin, Zahid, Hadi dan GPS bawa bala kepada negara. Nak sangat kuasa..tebuk atap,” tuduh Khalid dalam Twitternya.

Dalam ciapan lain, Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, ‘Langkah Sheraton’ yang diambil untuk mengambil alih pentabiran negara kerana pihak Perikatan Nasional yakin rakyat mampu menghadapi Covid-19 walaupun dikhianati.

“Atas sebab yakin maka dibuatnya rampasan kuasa melalui Langkah Sheraton? Kerana yakin rakyat Malaysia akan mampu hadapi wabak walaupun dikhianati sehingga keadaan wabak sekarang menjadi lebih serius?

“Ya, InsyaAllah rakyat Malaysia akan mengatasinya tetapi kamu tetap pengkhianat!” kata Abdul Khalid yang membalas ciapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin.

Azmin di Twitternya yakin rakyat Malaysia tabah dan mampu menghadapi serangan wabak Covid-19.

“Saya yakin dengan kemampuan dan ketabahan rakyat Malaysia menghadapi cabaran wabak Covid-19.

“Mari kita kukuhkan perpaduan dan persaudaraan menangani ujian ini. Mari kita berdoa agar semua yang dijangkiti segera sembuh,” ciap Azmin.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button