fbpx
Rencah Hidup

COVID-19: Virus membunuh tak kenal bangsa

Tiada media dibenarkan dekati upacara pengebumian

JENAZAH mangsa COVID-19 yang berusia 34 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Johor Bahru malam tadi.

Korban pertama COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HAS) Johor Bahru tiba di tanah perkuburan pada kira-kira pukul 8.16 malam.

Memetik laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), kira-kira 10 orang lelaki yang lengkap berpakaian mencegah virus mengangkat jenazah di atas stretcher.

Tiada sesiapapun dibenarkan mendekati jenazah termasuk wakil media massa yang bertugas membuat liputan di tanah perkuburan sehinggalah selesai upacara pengebumian.

Mangsa yang meninggal dunia, demam pada 5 Mac lalu dan menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac selepas disahkan positif COVID-19.


Keadaan kesihatannya menurun dan allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia.

Seorang lagi mangsa COVID-19 di Sarawak, juga meninggal dunia.

Mangsa seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. -SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button