Bagi markah rendah, netizen minta Ajai digugurkan sebagai juri
HANYA kerana memberi markah yang terlalu rendah, penyanyi, Ajai yang menjadi juri sebuah program nyanyian terbaharu telah diminta dihentam netizen di akaun Instagramnya.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen Instagram penyanyi itu menyifatkan tindakan Ajai itu sesuatu yang sangat kejam apatah lagi itu barulah minggu pertama pertandingan tersebut.
Semalam, Ajai memberikan markah 2 daripada 100 markah kepada seorang daripada peserta program nyanyian Big Stage.
Markah tersebut disifatkan netizen sebagai terlalu rendah apatah lagi itu barulah minggu pertama dan berkemungkinan peserta itu terlalu gementar.
BACA> Kang Sora bakal berkahwin hujung bulan ini
Malah, sebahagian sebahagian daripada netizen meminta supaya Ajai digugurkan daripada menjadi juri program tersebut dan digantikan dengan penyanyi lain.
Sementara itu, Ajai berkata dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana memberikan markah yang terlalu rendah.
“Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli.
“Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” katanya seperti dilaporkan Gempak.
BACA> Legenda urban Sarawak ‘hantu janet’ difilemkan
Peserta yang mendapat markah rendah itu iaitu Dr. Hafiz Zainal pula menerusi Twitter miliknya memberitahu dia tidak kecewa dengan markah yang diberikan.
“Jangan risau, saya berada dalam keadaan baik.
“Saya akan tampil dengan lebih baik selepas ini. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan,” katanya. -SM