Politik

Video tular: Saya tunggu siasatan SPRM – Ketua Armada

KETUA Armada Nasional Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menunggu laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian berhubung penularan sebuah sepotong video dalam media sosial berkenaan isu pemberian surat sokongan sebagai timbalan menteri.

Menurutnya, beliau tidak merasakan kata-katanya itu sebagai satu kesalahan sebaliknya ia adalah cara untuk mendekati belia di peringkat akar umbi.

Namun, beliau tidak menafikan penularan video tersebut dan meminta orang ramai terutama netizen tidak salah faham mengenainya.

“Saya bukan turun sekadar calon Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Beratu Malaysia (Bersatu) ketika itu.

BACA > Apa khabar Hafizh, pelumba Moto2 negara hari ini? – Suara Merdeka

“Tetapi juga sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan bertemu dengan belia di peringkat akar umbi.

“Saya melihat bagaimana anak muda di kampung terputus hubungan dengan dasar dan bantuan kerajaan.

“Mungkin terdapat kelemahan dari segi kemudahan internet dan capaian teknologi di kawasan-kawasan tertentu khsusnya luar bandar.”

Kata Wan Ahmad Fayhsal dalam sidang akhbar hari ini sempena pengenalan barisan kepimpinan Armada yang baharu.

Beliau mengumumkan kepimpinan baharu Armada di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Terdahulu, video beliau mengatakan boleh menggunakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri bagi memberi surat sokongan kepada sesiapa yang meminta bantuan.

BACA > AUKU: Akan bincang dengan kepimpinan Armada baharu – Ahmad Fayhsal – Suara Merdeka

Dalam video tersebut, beliau menyatakan surat sokonga yang dikeluarkan juga akan disampaikan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tindakan sedemikian didakwa menyalahi etika dan tidak berintegriti menyebabkan beberapa pihak mengecam termasuk membuat laporan SPRM.

Malah, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, tindakan Wan Ahmad Fayhsal sebagai bertentangan dengan dasar Presiden Bersatu.

Katanya, Muhyiddin sebelum ini mementingkan integriti dan menolak rasuah sebagai dasar dalam partinya.

“Saya menunggu siasatan daripada SPRM,” ringkas Wan Ahmad Fayhsal.

Malah kata Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa itu, itu adalah caranya menyantuni anak muda diperingkat akar umbi.

“Kami memastikan jentera di bawah yang ada di akar umbi menyantuni anak muda.

BACA > Isu ‘guna jawatan’ Armada kena ‘boo’? – Suara Merdeka

“Kita akan bantu mereka tidak kira parti apa pun,” katanya. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button