Nasional

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin pilih Bersatu

Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya memilih untuk keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penyertaan ke parti Bersatu itu turut disertai pempin kanan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara.

Mohamed Azmin berkata, dia bersumpah untuk terus angkat martabat ummah dan rakyat demi keadilan, ekonomi dan rakyat.

“Dengan ini , saya bersama Penggerak Wanita Muda Negara; Pemuda Negara dan Nations of Women (Now) isytiharkan untuk sertai Bersatu demi negara,” katanya hari ini.

Dia berkata demikian pada Kongres Negara di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini hari ini.

Turut diadakan ialah majlis penerimaan kad keahlian Bersatu daripada Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Azmin sebagai simbolik penyertaannya.

Penyertaan kumpulan Azmin juga menjadikan Bersatu kini mempunyai 32 anggota Parlimen, parti ketiga terbesar di Dewan Rakyat selepas Umno dan DAP. -SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button