Politik

‘Tahniah YB atas keberanian mengaku kesilapan diri’

SEORANG pendakwah Islam Firdaus Wong Wai Hung memuji tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memohon maaf  atas kesilapan tidak menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara.

Menurut Firdaus, langkah Mohd. Khairuddin itu yang rendah diri memohon kemaafan daripada rakyat Malaysia disifatkan sebagai kepimpinan melalui teladan.

Pendakwah muda itu berkata, manusia boleh membuat silap tetapi kesilapan paling besar adalah memberi justifikasi terhadap kesilapan dan dan menyalahkan orang lain.

Beliau berharap sikap Mohd. Khairuddin mengakui kesilapan diri sendiri akan memancu politik matang dalam negara.

“Kepimpinan melalui teladan. Manusia boleh membuat silap tetapi kesilapan paling besar bukan kesilapan pertama tetapi menjustifikasi kesilapan yang pertama & menyalahkan orang lain.

“Tahniah YB atas keberanian mengaku akak kesilapan diri. Semoga ini memacu politik matang. Yang menghina dan memaki saya kerana bersuara akan isu ini, saya maafkan anda semua. Yang penting jangan taksub tetapi bersikap objektif. Jazakumullahu khairan,” kata Firdaus.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut memuji Mohd. Khairuddin yang mengakui kesilapan yang telah dilakukan beliau yang disigatkan sebagai seorang yang berjiwa besar.

“Nabi SAW bersabda, “Setiap anak Adam tidak terlepas melakukan kesilapan, namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat (mohon ampun dan maaf). Syabas YB Menteri berjiwa besar akui kesilapan. Moga jadi teladan utk kita semua,” kata Asyraf Wajdi.

Mohd Khairuddin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan tidak menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara.

Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab, beliau memulangkan semua gaji sebagai menteri untuk bulan Mei hingga Ogos 2020.

Gaji tersebut disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara Tabung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini berkata,  Mohd Khairuddin telah dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana tidak menjalani kuarantin.
Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].
Mohd. Khairudin telah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan tidak menjalani kuarantin seperti yang disyaratkan kepada mereka yang pulang ke Malaysia.-SM
(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button