Ekonomi

Asimiliasi masala tandoori dalam ayam goreng KFC

BERITA baik buat penggemar ayam tandoori, kini anda tidak perlu lagi ke kedai mamak semata-mata untuk menikmati menu tersebut.

Kini, menu tersebut boleh dinikmati di semua cawangan restoran KFC yang memperkenalkan menu baharu mereka, KFC Crunchy Tandoori.

Pemilihan menu tersebut bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan juadah India popular itu.

KFC Crunchy Tandoori itu adalah hasil ramuan pelbagai rempah ratus tanduri beraromatik termasuk garam masala, halia, jintan putih, serbuk
bawang putih, dan cili merah.

Digaul dan disalut kepada ayam KFC yang telah diperap dengan rempah ratus Hot & Spicy.

Justeru, anda boleh jangkakan kombinasi rasa istimewa tandoori salai dengan ‘kickHot & Spicy pedas, dan rangup dalam setiap gigitan untuk lebih kenikmatan.

“Kita amat bertuah berada di Malaysia yang mempunyai pelbagai juadah yang tidak terhad. KFC Crunchy Tandoori diinspirasikan daripada salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.

“Dalam kita mengakhiri tahun yang penuh peristiwa ini, kami ingin menutupnya dengan olahan rasa dramatik ala Bollywood yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Demikian kata Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva dalam satu kenyatannya memperkenalkan menu baharu bertemakan Bollywood.

Katanya, KFC Crunchy Tandoori itu akan dilancarkan esok untuk waktu terhad di seluruh restoran KFC di Malaysia.

Ia dihidangkan secara set kombo yang mengandungi Coleslaw segar, Whipped Potato, dan Pepsi hanya dari RM15.49.

Menu baharu itu juga boleh didapati dengan hidangan berbaloi Box Meal yang merangkumi burger Zinger dan Crispier Fries bersama seketul ayam KFC Crunchy Tandoori.

Tambah beliau, untuk memenuhi kehendak pelanggan yang tinggal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menu tersebut juga boleh didapati secara pandu lalu atau pesanan dalam talian.

“KFC Crunchy Tandoori boleh didapati di seluruh negara melalui semua saluran termasuk khidmat bawa pulang ‘Pandu Ambil’ yang tersedia di lebih 250 restoran KFC terpilih seluruh negara.

“Di mana anda boleh mengambil pesanan anda tanpa keluar kereta. Ia tanpa sentuh, pantas, selamat, dan mudah!

“Anda hanya perlu buat pesanan atas talian di www.KFC.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar KFC Malaysia,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button