MahkamahNasional

Arul Kanda dibenarkan jadi saksi kes pinda laporan audit 1MDB

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan permohonan pihak pendakwaan untuk Arul menjadi saksi kes adalah selari dengan Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan Arul mengetahui perbualan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dua mesyuarat mengenai audit 1MDB pada 2016.

Hakim Zaini turut menambah pihak pendakwaan juga telah memberikan alasan di sebalik permohonan dan tiada prejudis terhadap pihak pembelaan. – MALAYSIANOW – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button