BeritaNasional

Apa sudah jadi dengan MySalam

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong kecewa dengan skim perlindungan pesakit kronik MySalam tidak berfungsi sewajarnya.

“Ingat lagi beberapa kes tuntutan mySalam di kawasan saya? CEO mySalam balun saya kononnya pesakit kronik tak perlu membayar RM40 untuk mendapatkan laporan perubatan.

“Kerajaan PH kantoi apabila saya dapat menunjukkan resit rasmi pembayaran RM40 tersebut dan mereka terus senyap,” katanya.

Jika mySalam enggan membantu pesakit kronik, katanya,  masih ada badan kebajikan yang sudi membantu.

“Terima kasih BAKTI yang memberi bantuan perubatan kepada mereka.

“Pesakit bernama Lalitha Selvakumar dan Hairul Annuar Omar ini antara insan yang menerima sumbangan.

“Perjumpaan hari ini penuh dengan suasana sedih, ada yang menitiskan air mata kerana mereka memang dahagakan bantuan untuk menjalankan rawatan.

“Kini sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak bernasib baik seperti Ahli Parlimen PH kerana telah dinafikan peruntukan Kerajaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tetap tidak berganjak dengan prinsip membela rakyat dan terus berikhtiar untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar, demi warga Parlimen Ayer Hitam.

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40.

SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria –
    Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button