Nasional

Yayasan Bank Rakyat hulur bantuan kelengkapan sekolah kepada 15,000 pelajar

SEBANYAK 1,000 pelajar di kawasan parlimen Titiwangsa menerima bantuan kelengkapan persekolahan bersempena program Back To School yang dianjurkan Yayasan Bank Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Nazir Hussain Akhtar Hussin berkata, sumbangan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000.

“Hari ini kita akan pergi ke lima lokasi di parlimen Titiwangsa dan satu daripadanya ialah di Kampung Baru.

“Untuk tahun ini, kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk bantuan kelengkapan persekolahan bagi seluruh pelajar di 148 lokasi di seluruh negara.

“Peruntukan itu juga dijangkan akan memberi manfaat kepada 15,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir memberi sumbangan di Dewan Serbaguna Kampung Baru, Jalan Hamzah, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut Nazir Hussain, bantuan yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban penerima yang terdiri daripada golongan susah dan B40.

“Seperti yang kita sedia maklum, pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemelesetan dan kelembapa ekonomi yang memberi kesan kepada pendapatan terutamanya penduduk di kawasan bandar.

“Jadi, menerusi bantuan ini kita harap beban mereka dapat dikurangkan kerana pendidikan bukanlah perkara yang boleh dikorbankan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata yang bantuan khsus pendidikan seperti program tuisyen rakyat dan bantuan pendidikan perniagaan juga akan diteruskan. -SM

(Visited 488 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button