Rencah HidupRencana

Nasihat M40 kepada B40

BERSYUKUR dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat Jumaat lalu banyak bantuan dihulurkan kepada golongan B40.

Baik bujang ataupun berkeluarga, hampir semua lapisan menerima faedah daripada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan itu.

Apatah lagi jika dalam B40 itu yang berniaga dan kakitangan awam, malah yang kehilangan pekerjaan juga dibantu supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Krisis ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) menekan semua kategori masyarakat, malah majikan juga terpaksa mengecilkan operasi perniagaan mereka.

Baik T20, M40 apatah lagi B40, sememangnya semua terkesan. Ada yang kehilangan kerja, pendapatan berkurangan dan keuntungan menyusut.

Yakinlah, bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan. Bantulah sesama kamu untuk tingkatkan ekonomi.

Kami M40 nasib sama juga seperti B40, tidak terkecuali daripada tekanan ekonomi akibat Covid-19. Dibuang kerja, pendapatan berkurangan dan keuntungan menyusut.

Apa yang kami harapkan dalam Belanjawan 2021, tidak sebaik golongan B40, malah ada sebahagian kami tidak menerima langsung faedah daripada belanjawan itu.

Tetapi kami perlu meneruskan hidup, mungkin banyak lagi pengorbanan perlu dilakukan.

Justeru nasihat kami, bantulah tingkatkan ekonomi sesama kamu.

Jika kamu berniaga, juallah barangan keperluan supaya kami pun akan membeli, kerana kami perlu kurangkan pembelian barang tidak penting.

Juallah nasi, kami akan makan
Juallah air, kami akan minum
Juallah baju, kami akan pakai
Juallah selipar, kami akan sarung

Apa yang bukan keperluan pasti kami akan keluarkan daripada senarai, termasulah melancong, mestilah ia perlu ditangguhkan dahulu walaupun sektor pelancongan sekarang sedang tenat.

Komitmen perlu diutamakan, begitulah hutang rumah, kereta dan pinjaman peribadi pun menjadi perkara asas.

Sebahagian besar kami perlu merancang kewangan dengan sebaik-baiknya, bak kata orang kalau kereta itu perlu tukar empat tayar, kami tukar dua dahulu.

Kami tiada pilihan, hutang dengan kawan-kawan yang membantu ketika kita susah dahulu perlu dilunaskan, kerana mereka pun sedang susah sekarang.

Simpanan yang susut perlu ditampung semula, kerana ada sebahagian kami yang susut simpanan sebab hilang pendapatan atau berkurangan.

Benar, kami perlu ubah gaya hidup kami, mungkin ada kereta, motosikal atau barang kemas perlu dilepaskan, supaya ada simpanan yang menjamin ketika krisis ini.

Tindakan ini bukan sahaja dilakukan kami, malah golongan T20 juga perlu melakukan hal yang sama demi mengurangkan beban dan menghadapi tekanan ekonomi.

Cuma kesannya mungkin tidak terlalu berat untuk mereka berbanding kita.

Semoga kita semua dapat sama-sama menghadapi situasi yang cukup menduga ini dan dengan harapan ada cahaya dihujung terowong.

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button