Analisis

Apa salahnya Zafrul sertai PKR?

KECOH apabila Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz bakar menyertai PKR dan akan ada pilihan raya kecil bagi memboleh beliau bertanding dan seterusnya dilantik sebagai menteri.

Pada masa ini Zafrul dilantik sebagai menteri dan memerlukan kedudukan yang lebih stabil bagi membantu kerajaan dan seterusnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam menstabilkan ekonomi negara.

Melihat barisan kabinet yang ada, Zafrul memang amat diperlukan bagi membantu perdana menteri membentuk dasar yang lebih relevan dengan kehendak ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Masalah Zafrul beliau tidak akan menang jika bertanding di atas tiket UMNO dan Barisan Nasional serta di kawasan majoriti Melayu sebagaimana dapat dilihat pada pilihan raya lalu.

Namun, jika beliau bertanding di kawasan minoriti Melayu, peluang untuk menang lebih tinggi, tetapi beliau perlu membawa bendera PKR kerana Selangor sebuah negeri yang dikuasai oleh PKR.

Oleh itu UMNO harus terima dengan lapang dada jika ahli majlis kerta tertinggi mereka memutuskan untuk keluar parti.

Lagipun, UMNO hanya ada beberapa kerusi sahaja di Selangor, menunjukkan dengan jelas mereka bukanlah popular di Selangor, walaupun pernah berpuluh tahun memerintah negeri berkenaan.

Dosa lampau UMNO kepada penduduk Selangor belum dapat dimaafkan.

Jadi para pemimpin UMNO tak perlulah melompat tak tentu arah kerana salahnya terletak di tangan mereka kerana gagal menjaga parti berkenaan yang pernah menjadi harapan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button