Politik

Memang ada perbincangan tentang Zafrul – Anwar

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ke dalam parti itu.

Perdana Menteri menegaskan beliau dan PKR terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan dengan mana-mana pihak.

“Prinsip PKR adalah terbuka, ada pemimpin kita yang pernah menjadi Setiausaha Agung Amanah, ada pemimpin DAP yang jadi calon kita dan ada pemimpin kita yang jadi calon DAP.

“PKR selama ini memang membuka ruang tapi merunding secara baik, itu keadaannya sekarang.

“Tengku Zafrul pun dalam keadaan yang sama, kita tidak menafikan dan budaya kita (PKR) tidak pernah mengajak orang (menyertai parti).

“Tapi kita sedia bincang dan parti ini terbuka…bekas UMNO pun ada,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kongres Khas PKR di sini pada Ahad.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang terlibat dalam perbincangan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button