Politik

Apa lagi muslihat Dr. Mahathir dan pembangkang?

Usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak dapat dibentangkan di Parlimen

Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang berlangsung selama satu hari pada Isnin 18 Mei 2020 hanya dengan Majlis Titah Diraja sahaja.

Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bermula jam 10 pagi serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,” kata satu kenyataan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Pindaan itu, katanya selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan Majlis Mensyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis memaklumkan disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara masih belum reda makan sidang Dewan Rakyat telah dipinda.

Related Articles

“Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan menyusul dengan mengeluarkan Notis Baru Majlis Persidangan Dewan Rakyat Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlkimen Ke-14 Tahun 2020 kepada semua Ahli Dewan,” katanya.

Lalu apa lagi muslihat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai blok pembangkang yang mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Pemuda AMANAH Nasional segera memberikan respon sinis dan menuduh Muhyiddin bacul berhubung surat pemakluman yang menyatakan bahawa sidang Parlimen Isnin hadapan hanya akan melibatkan titah Diraja tanpa sebarang perbahasan akan dilakukan.

Naib Ketua Pemudanya, Kevin Shawn Gomez berkata, keputusan yang dimumkan itu mendedahkan kebaculan Muhyiddin.

“Apakah Muhyiddin merasakan nyawa ahli-ahli Parlimen begitu ‘fragile’ jika dibandingkan dengan nyawa rakyat marhaen?

“Apatah lagi selepas mereka diugut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk kembali ke tempat kerja atas sebab ekonomi negara bakal terjejas,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal pro-pembangkang Malaysia Dateline hari ini.

Menurut beliau, Muhyiddin juga tidak seharusnya bersikap demikian sebaliknya perlu berhadapan dengan usul undi tidak percaya yang akan dibawa blok pembangkang terhadap beliau.

“Jangan bacul, beranikan diri menghadapi usul tidak percaya terhadap anda,” katanya.

Dalam pada itu Kevin mempersoalkan tindakan sekumpulan ahli DUN Kedah dari blok Perikatan Nasional (PN) yang didakwa melakukan himpunan beramai-ramai dalam satu sidang media semalam.

“Apakah risiko jangkitan Covid-19 lebih tinggi terhadap ahli Parlimen berbanding ahli DUN Kedah dan pengkhianat mandat rakyat yang berhimpun dengan bangga dalam satu sidang media semalam?

“Apakah Tan Sri takut mereka akan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Nurul Zahid, Razman Zakaria dan Timbalan Menteri Kesihatan?” katanya.

Kevin menegaskan bahawa apa juga alasan Muhyiddin, institusi Parlimen wujud sebagai badan perundangan dan tidak sewajarnya diubahsuai fungsinya mengikut kehendak untuk mempertahankan kerajaan pintu belakang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button