Politik
Trending

Anwar PM: Jangan calonkan lagi Ahli Parlimen yang lompat parti

RAKYAT tidak mahu mengalami lagi kesan kemelut politik seperti yang berlaku sekarang apabila beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti.

Tindakan sedemikian mencetuskan ketidakstabilan kerajaan dan menyebabkan berlaku pertukaran kerajaan sehingga rakyat terkesan dengan impak ekonomi daripada kemelut tersebut.

Oleh demikian, Ahli Parlimen yang melompat parti sehingga memaksa berlaku pertukaran kerajaan amat wajar tidak lagi dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Bagi ahli-ahli parlimen yang sentiasa bertukar arah dan melompat, saya harap agar mereka tidak dicalonkan lagi oleh parti masing-masing.

“Rakyat tidak memilih mereka jika tercalon sekali pun dalam pilihanraya akan datang.

“Kita tidak mahu kemelut politik sebegini berulang lagi walaupun pilihanraya umum diadakan kelak.

“Apa pun yang berlaku, inilah realiti sistem demokrasi kita yang membenarkan bukan sahaja ahli politik lompat melompat, tetapi bertukar-tukar kerajaan dengan begitu mudah tanpa pilihanraya.”

Kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya semalam dalam satu kenyataannya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung makluman pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

Susulan pertemuan itu nanti, terdapat beberapa perkara dijangka berlaku sama ada benar berlaku pertukaran kerajaan ataupun pembubaran parlimen.

Walau bagaimanapun, Aminuddin berkata, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan menggunakan kebijaksanaan baginda dalam menangani kemelut tersebut.

Ini kerana, negara sedang berhadapan dengan krisis pandemik Koronavirus (Covid-19) dan pembubaran Parlimen berisiko meningkatkan lagi kes baharu.

“Gelombang kedua penularan COVID-19 yang dilihat lebih dahsyat kali ini pasti akan menjadi pertimbangan yang besar dalam menyelesaikan kemelut politik ini.

“Lebih-lebih lagi kita sudah saksikan apa yang berlaku rentetan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Itu hanya pilihanraya satu negeri, saya tidak dapat bayangkan apa pula natijahnya jika PRU yang melibatkan seluruh negara berlaku pula nanti.

“Apa pun, kita serahkan sahaja kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang selama ini telah terbukti memainkan peranan yang begitu baik.

“Khususnya dalam menyelesaikan kemelut politik negara sebegini menggunakan kuasa yang diperuntukkan.

“Sama ada Perdana Menteri baharu akan dilantik atau parlimen akan dibubarkan, walahu’alam,” ujarnya. – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button