Politik

Anwar pernah ditawar jawatan timbalan perdana menteri oleh Najib

SETELAH berlaku kemelut politik Malaysia, baru-baru ini timbul kisah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat pakatan sulit.

Pakatan sulit itu digerakkan oleh pemimpin Indonesia Jusuf Kalla atau lebih dikenali dengan panggilan JK pada tahun 2013 dan juga sebelum pilihan raya lalu.

JK sering menjadi orang tengah dalam kemelut politik Malaysia beliau merupakan sahabat kepada para pemimpin utama negara ini.

Kisah pakatan sulit itu telah disiarkan oleh portal berita Kompas.com.

Bahkan Jusuf juga pernah menasihatkan Anwar supaya berhati-hati ketika menerima tawaran kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib tempoh hari.

BACA JUGA: PH runtuh kerana salah sendiri – Annuar Musa

Pada tahun 2013, ketika Najib dan Anwar bermusuh untuk menghadapi pilihan raya umum.

Kedua-dua pihak saling berkempen memburuk pihak lawan masing-masing.

Akhirnya kedua-dua mereka telah merujuk kepada JK untuk menjadi pihak ketiga supaya boleh duduk berbincang bagi kebaikan bersama.

Lapor Kompas ketika itu bulan puasa, JK sering berulang-alik Kuala Lumpur-Jakarta. JK ketika itu sering berbuka di Jakarta dan bersahur pula di Kuala Lumpur.

Akhirnya JK mengemukakan formula supaya kedua-dua pihak supaya tidak menghancurkan terus karier pihak yang kalah dengan melantik sebagai timbalan perdana menteri.

Lapor Kompas lagi, di satu malam di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur, akhirnya Anwar bersetuju dengan draf perjanjian.

Dengan lafaz bismillah Anwar telah menandatangan perjanjian itu di hadapan JK dan Profesor Yusril Ihza Mahendra.

JK terus memeluk Anwar dan malam itu juga mereka telah menuju ke rumah Najib. Sebaik membaca draf itu Najib terus bersetuju.

Bagaimanapun Anwar melanggar perjanjian itu apabila enggan mengiktiraf kemenangan Najib pada pilihan raya tahun itu.

BACA: ‘Rupanya saya punca PH tumbang’ Najib jawab tuduhan Tun M

Anwar mendakwa terdapat penipuan dan menuduh Najib membawa masuk 50,000 pengundi hantu terdiri daripada warga negara Bangladesh.

Anwar berkata beliau terpaksa kerana para penyokongnya tidak dapat menerima kekalahan itu.

JK yang kecewa dengan sikap Anwar itu meninggikan suara kepada Anwar: “Pemimpin tidak boleh diatur oleh penyokong. Pemimpin yang mengatur penyokong.”

“Anda tahu jumlah 50,000 itu? Pesawat Boing 747 boleh mengangkut 500 penumpang, maka harus ada 100 penerbangan Boing 747 hari itu mendarat di Malaysia. Logik Anda di mana? Lagipun bagaimana mereka boleh mengundi jika tidak boleh berbahasa Melayu?” kata JK.

Najib masih memberi peluang beberapa hari sebelum mengumumkan kabinetnya. Anwar tetap menolak. Tidak lama selepas itu Anwar kembali meringkuk ke dalam penjara.

“Nah, jika Anwar tetap dengan kesepakatan, semua itu tidak perlu terjadi. Ia sudah jadi Timbalan Perdana Menteri dan tidak lama lagi jadi Perdana Menteri.” Dengan kemelut politik Malaysia kini, saya kira JK duduk santai menonton televisyen sambil berkata di dalam hati, “Anwar, I told you. You pay so much price. I feel sorry for you.”

Dipetik dari tulisan Editor Kompas: Heru Margianto

(Visited 1,071 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button