NasionalParlimen

Anwar Ibrahim mahu MoF digeruni

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tatakelola yang tegas.

Berucap pada majlis perhimpunan MoF hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan dalam MoF.

Beliau sebaliknya mahu kementerian itu kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.

Beliau berkata, warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.

“MoF perlu digeruni kerana tatakelola yang tegas,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata, beliau harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda.

Anwar berkata, MoF harus memantau prinsip kewangan lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara akan gagal,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini malah di dunia. – SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button