Politik

Annuar Musa nekad tidak akan kembali kepada UMNO

BEKAS pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa nekad untuk tidak akan kembali ke pangkuan parti itu selepas secara rasmi menyertai Pas hari ini.

Annuar berkata, Umno sudah hilang arah dan tidak lagi merupakan sebuah parti yang berprinsip dan menjunjung perjuangan asal untuk mempertahankan agama, bangsa serta tanah air.

Umno kini, kata Annuar, hanya sebuah parti yang berperanan mensucikan Dap yang menjadi rakan sekutu di dalam kerajaan dewasa ini.

Kata Annuar, Umno telah ditolak 2 juta pengundi Melayu pada pilihan raya lalu dan situasi itu bertambah buruk pada pilihan raya negeri kali ini.

BACA: Annuar sah masuk Pas

Senada dengan beliau ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail yang telah berputus arang, berkerat rotan dengan Umno.

Tun Faisal berkata beliau kini bersama Perikatanan Nasional dan sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Umno yang diterajui oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Memang tak salah terima semula mereka yang dipecat, yang buat salah selama ni adalah mereka yang memecat dan menghukum gantung pemimpin-pemimpin UMNO yang berbeza pendapat dgn Presiden dan menentang Presiden di atas pengkhianatan yg dilakukannya sejak tahun 2020

“Secara peribadi, saya tak berminat, walaupun jika ditawarkan jawatan yang sama dalam UMNO, jawatan dalam kerajaan dan wang ringgit, sebab saya tak mahu bersubahat dengan pengkhianatan Zahid terhadap pengundi-pengundi tradisi UMNO.

“Saya juga tak berminat sebab melihat selagi Zahid Presiden UMNO, UMNO ini beyond repair dan tetap ditolak rakyat, terutama pengundi tradisi UMNO dan BN

“Pada pandangan saya, mereka yang bermaruah juga akan tolak jika ditawarkan masuk semula kerana mereka tahu mereka tak bersalah,” kata Tun Faisal.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button