fbpx
Nasional

Annuar ingatkan Teresa, KL bukan untuk peniaga besar sahaja

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh bahawa Kuala Lumpur bukan milik gedung perniagaan besar sahaja.

Menuruat Annuar, peniaga kecil di tepi jalan juga berhak untuk dibantu lebih-lebih lagi di waktu rakyat sedang mengalami kesukaran.

Annuar berkata, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu kononnya dia mahu menjadikan Wilayah Persekutuan seperti Parlimen Keterah di Kelantan merupakan satu penghinaan kepada penduduk di kawasannya itu.

“MP Seputeh sewaktu perbahasan telah menghina rakyat Ketereh,kononnya dengan saya membenarkan rakyat mudah berniaga saya nak menjadikan KL macam Ketereh.

“Saya nak ingatkan beliau, KL bukan hanya untuk peniaga gedung besar. Penjaja kecil tepi jalan juga berhak, apalagi waktu rakyat susah!” tegas Annuar.


Teresa dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini melahirkan rasa hairan dengan kenyataan Annuar yang mahu menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai wilayah bebas berniaga.

Menurut Teresa, kenyataan Anwar itu seolah-olah seolah-olah Wilayah Persekutuan ini adalah kawasan Parlimen Ketereh di negeri Kelatan di mana sesiapapun boleh berniaga di mana-mana sahaja.

“Saya agak hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh menteri ini kerana beliau seolah-olah Wilayah Persekutuan ini adalah kawasan Parlimen Ketereh di negeri Kelatan yang mana semua orang boleh buka stall, meja, buka apa-apapun, jual apa-apapun di mana-mana tempat.

“Dan kenyataan seperti ini adalah agak bahaya kerana ia akan buka flap gate yang akan mengalakkan ramai orang di Kuala Lumpur dan Putrajaya melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan,” kata Ahli Parlimen Seputeh itu.

Annuar dua hari lalu memberitahu, insiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ dibuat bagi membolehkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Insiatif tersebut dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja dan penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan berniaga termasuk makanan, pakaian dan apa saja jenis perniagaan bermula Ahad ini sehingga 15 April tahun depan.

Peniaga bagaimanapun perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya.-sm

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button