Politik

Angkara kumpulan baju hitam disiasat, angkara lelaki berbaju hitam bagaimana?

Sangat menghairankan, Anwar segera mengarah polis menyiasat pergaduhan melibatkan ahli partinya semasa kongres berlangsung dan mendakwa adalah angkara kumpulan lelaki berbaju hitam.

Bagaimanapun beliau tidak pula mengarahkan polis atau membuat sendiri laporan polis apabila seorang lelaki berbaju hitam mendakwa telah diserang secara seksual songsang.

YAB TPM tidak pula mengarahkan dakwaan itu disiasat dan menteri dalam negeri hanya mendiamkan diri.

Di mana juara jeritan Dollah Sani, Jo Abdul, Rafizi, Rahim Ghouse, Sam Iskandar dan Saifuddin Nasution tidak pula kecoh membela pemimpin mereka terulung kali ini walaupun dituduh dengan perbuatan yang keji dan dilaknati Allah.

Mana pula media TV3 dan wartawan hebat mengapa tidak lagi mendesak Anwar supaya mengangkat sumpah seperti tuduhan-tuduhan sebelum ini. Apakah mereka juga sudah menjadi syaitan bisu yang meredai perbuatan terkutuk itu.

Apakah Anwar tidak lagi berminat untu membersihkan namanya, sebaliknya lebih gemar mengalihkan pandangan orang ramai kepada adegan gaduh manja-manja.

Gaduh-gaduh itu kecil sahaja, tetapi tersalah pilih pemimpin songsang laknat tuhan bakal menanti. Jadi berhati-hatilah. Pada masa yang sama sila tampah bertih jagung dan saksikan episod seterusnya hari ini.

 

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button