Nasional

Koperal polis putus dua jari kaki dilanggar penunggang motosikal larikan diri

SEORANG anggota polis berpangkat koperal putus dua jari kaki selepas dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika hendak ditahan di laluan motosikal lebuh raya persekutuan, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 petang ketika anggota tersebut melakukan tugas pemeriksaan cegah jenayah.

“Suspek iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun telah cuba melarikan diri dan melanggar seorang daripada anggot polis yang bertugas.

“Tindakan suspek itu telah mengakibatkan anggota terbabit mengalami kecederan parah di mana dua jari kakinya putus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ku Mashariman, hasil pemeriksaan terhadap suspek telah menemukan dadah jenis heroin seberat 11.89 gram dan sebotol cecair disyaki air ketum.

Jelasnya, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Buat masa ini anggota yang cedera sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button