Negeri

Saringan bagi penduduk Puncak Alam

Penduduk sekitar Bandar Puncak Alam digalak menyertai Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Selangor pada 10 April ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program diadakan di Dewan MDKS Sinar Alam, Fasa 2, Bandar Puncak Alam mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Penduduk Puncak Alam Fasa 3, Sinar Alam, Alam Suria, Taman Alam Jaya, Taman Alam Sutera, Alam Perdana, Saujana Utama dan Seri Pristina digalakkan hadir pada hari berkenaan,” maklum Dato’ Seri Amirudin Shari di facebook.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.


Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button