Nasionalpilihan

Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok

BERNAMA melaporkan anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.

Agensi berita nasional itu memetik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sebagai berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
“Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada pukul 8 pagi,” katanya kepada Bernama.
Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.
Sementara itu, Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudiannya berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat. – SM
(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button