Nasional

Ambil tindakan tegas terhadap peniaga naikkan harga minyak masak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga minyak.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional  Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, hasil tinjaun pihaknya mendapati sememangnya berlaku kenaikan harga minyak masak.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata, harga minyak masak perlu diselaraskan  agar tidak membebankan rakyat

“Pihak kami telah mendapat banyak maklum balas daripada pelbagai peringkat masyarakat dan telah pun turun padang untuk melihat serta menilai situasi terbabit. Hasil tinjuan kami, harga minyak masak memang berlaku peningkatan.

“Minggu lalu, harga minyak masak 5 kilogram adalah sekitar RM25 hingga RM28. Minggu ini, harganya mencecah RM32 hingga RM36,” katanya.


Selain tindakan tegas terhadap peniaga beliau memohon kerajaan menawarkan formula baru untuk subsidi minyak masak 5kg dan ke atas.

Kerajaan juga perlu memperkenalkan subsidi bertempoh selama tiga ke enam bulan untuk minyak masak 5kg. Kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi 1kg juga perlu dipertingkatkan berbanding 60,000 tan sebulan sekarang.

“Menggesa KPDHEP menetapkan harga minyak masak dalam pasaran. Menggesa KPDNHEP menjalankan operasi pemeriksaan anti pencatuan secara besar-besaran ke atas premis yang menyembunyikan minyak masak untuk menaikkan harga.

“Memohon pihak KDN meningkatkan operasi mencegah penyeludupan minyak masak yang menyebabkan berlakunya ketirisan bekalan tempatan.

“Memohon pihak kerajaan menstabilkan bekalan dalam negara dengan menyeimbangkan peratusan eksport dan keperluan bekalan minyak masak dalam negara,” kata Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Pas.

Beliau turut menggesa solusi jangka panjang seperti pengurangan kos pembotolan kerana menjadi antara faktor yang menyumbang harga tinggi kepada bekalan minyak 5kg dan ke atas.

Tambah beliau, Pemuda Perikatan Nasional akan membawa cadangan-cadangan tersebut kepada kementeriaian terbabit dalam tempoh segera supaya isu kebajikan rakyat sentiasa menjadi teras utama fokus pentadbiran negara.

Pemuda Perikatan Nasional mengajak para pengguna untuk menggunakan kuasa beli pengguna untuk memberi tekanan kepada pengeluar supaya dapat menurunkan harga minyak masak dengan menurunkan tekanan permintaan bekalan untuk satu tempoh tertentu.-SM

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button