Sukan

Al-Ikhsan jual barangan MESSI di Asia Tenggara

BUAT julung kalinya di Asia tenggara, Al-Ikhsan diberikan hak jualan secara eksklusif jenama MESSI.

Pakaian sukan yang dihasilkan direka khas untuk kanak-kanak berumur dua tahun hingga remaja seperti baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, hoodie dan seluar trek serta kemeja- T.

Pelancaran jenama tersebut disempurnakan pada Majlis Football Republic bertempat di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh dan Kerabat Diraja Selangor, Tengku Nana dan juga permain bola sepak Harimau Malaya, Amri Yahya.

Dalam meraikan momen yang bersejarah ini, Jan Van Den Berg menzahirkan rasa sukacita dapat menjalin kerjasama dengan Al-Ikhsan Sport.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports yang merupakan peruncit sukan pelbagai jenama nombor satu di Malaysia.

“Al-Ikhsan Sports mempunyai rekaan bola sepak mereka yang tersendiri dan saya yakin tiada peruncit sukan lain yang mampu membawa jenama MESSI ini dengan lebih baik.

“Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang dijalin ini berkekalan, “ katanya

Al-Ikhsan Sports menyasarkan menjual keseluruhan koleksi yang ada bermula bulan ini.
Kemeja-T leher bulat dijual antara harga RM59 sehingga RM219 sehelai.

Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan melalui laman web www.al-ikhsan.com.

Untuk rekod, Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama nombor satu di Malaysia, peruncit bola sepak di Asia Tenggara dan antara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia.

Ia juga mempunyai lebih daripada 175 kedai di seluruh Malaysia dan Platform E-dagang sendiri iaitu www.al-ikhsan.com. – SM

Jay Chou sedia tangguh konsert untuk beri laluan perlawanan bola sepak

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button