fbpx
Nasional

Ahmad Maslan masak nasi goreng sebelum ke Mahkamah

AHLI Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan tetap tenang walaupun bakal dihadapkan ke Mahkamah hari ini atas pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau sempat memasak sendiri sarapannya iaitu nasi goreng ikan bilis mata biru yang dibelinya di Kimanis.

Sebelum ke mahkamah 21/1/2020 untuk mengaku tidak bersalah saya masak sendiri untuk sarapan pagi.

“Nasi goreng ikan bilis #Kimanis “mata biru”. Beli ketika #PRKKimanis. Campur telur, bawang kecil, lada hijau, sayur, sos cili, sedikit garam, minyak masak #sawit Minum air kosong,” tulis beliau dalam hantarannya di twitter hari ini.

Ahmad Maslan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas dua pertuduhan termasuk terlibat dalam pengubahan wang haram


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian itu atas tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Masing-masing menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.- SM

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button