Politik

Ahli UMNO di akar umbi masih setia dengan perjuangan parti

MESYUARAT Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah bermula semalam telah memberikan gamabran jelas bahawa ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi masih sertia menyokong perjuangan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun mesyuarat yang berlangsung secara serentak sehingga 3 Januari itu diadakan mengikut norma baharu, namun ia tetap berjaya menarik kehadiran ramai perwakilan.

Katanya, mesyuarat melibatkan 191 Bahagian terpaksa dilaksana dalam norma baharu memandangkan Covid-19 masih menular.

Namun katanya, kehadiran perwakilan tetap bersemangat.

“Kehadiran begitu ramai perwakilan walau dalam norma baharu dan keadaan politik semasa yang penuh warna-warni memberi gambaran jelas ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi masih bersemangat dan setia dengan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya.


Semalam, Mahdzir telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap yang kemudiannya diikuti oleh perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Terap.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan Mesyuarat Bahagian UMNO yang telah tertangguh beberapa kali ekoran penularan Covid-19 diadakan secara serentak dengan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan diadakan pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad).

Ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button