Nasional

Pusat hiburan diserbu, 48 individu dikenakan tindakan

SEBANYAK 48 individu yang sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur dikompaun dan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi.

“Sebanyak 48 orang pengunjung yang terdiri daripada 17 orang warga tempatan dan 31 orang warga asing berumur lingkungan 20 hingga 45 tahun telah diperiksa.

“17 pengunjung warga tempatan dikompaun mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 9) 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, 31 pengunjung warga asing pula telah ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1)(I) akta yang sama.

Beliau berkata, pihaknya memberi amaran kepada orang ramai, warga asing dan pengusaha pusat hiburan supaya terus mematuhi PKPB.

Katanya, individu yang tidak mematuhi perintah ini akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran PKPB boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran. -SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button