Politik

Ahli Parlimen Amanah sokong Anwar bentuk kerajaan baru

PRESIDEN Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengesahkan kesemua 11 orang ahli Parlimen parti itu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.

Mohamad dalam sati kenyataan berkata, kesemua ahli Parlimen Amanah akan memberikan kepercayaan kepada Anwar.

“Kami mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Seperti yang telah diputusakan sebelum ini Parti Amanah mengesahkan bahawa semua 11 orang ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokomng sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.-SM

 

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button