Nasional

Agong hargai Muhyiddin, percaya Kabinet Ismail Sabri mampu bukti pencapaian

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Penghargaan itu diberikan kepada Perdana Menteri ke-8 itu kerana telah menerajui pentandbiran negara melalui cabaran Covid-19 semasa menjawat jawatan tersebut.

“Pada 16 Ogos yang lalu. Buat kali kedua dalam tempoh pemerintahan beta, negara telah sekali lagi menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

“Pada kesempatan ini beta ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan barisan ahli Jemaah Menteri yang telah menerajui pentadbiran negara mengharungi cabaran pandemik Covid-19 yang getir,” titah Baginda.

Dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas hari ini, Yang di-Pertuan Agong turut berkongsi kronologi pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Menurut Baginda, Ismail Sabri dilantik selepas memperoleh sokongan majoriti 114 ahli Parlimen.

“Pada 19 Ogos 2021, setelah menerima menghadap semya 114 ahli Dewan Rakyat tersebut, Beta telah berpuas hati bahawa kepercayaan yang diberikan kepada yang amat berhormat Ahli Parlimen Bera adalah dengan kerelaan mereka sendiri serta tanpa sebarang paksa.

“Jumlah ini adalah merupakah jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” titah Al-Sultan Abdullah.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya Kerajaan pimpinan Ismail Sabri melipat gandakan usaha untuk memerangi Pandemik Covid-19 dan membawa negara serta rakyat keluar daripada ancaman pandemik tersebut.

Baginda percaya, Kabinet Ismail Sabri boleh membuktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari pentadbiran mereka.

“Menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi dan tumpuan untuk mencapai sasaran jangka pendek dan panjang, beta percaya kerajaan ini mampu membuktikan pencapaian awalnya dalam tempoh 100 hari pertama,” titan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Al-Sultan Abdullah, negara ketika ini telah berada landasan yang kukuh dalam menangani pandemik Covid-19 menerusi Majlis Pemulihan Negara, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan pakej bantuan kewangan dan rangsangan kepada rakyat.

Baginda menzahirkan penghargaan ke atas segala usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai strategi bagi menangani pandemik Covid-19 yang telah menampakkan kejayaan.

Namun A-Sultan Abdullah menasihkan disebalik kejayaan program vaksinasi, agar semua pihak tidak leka dan cepat berpuas hati.

Baginda menegaskan strategi ‘whole of society efford‘ perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan.-SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button