Alam SekitarBanjirNasional

Agensi hulur bantuan mangsa banjir bawah radar PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil berat perihal mangsa banjir yang terjejas teruk apabila hujan turun dengan lebatnya sehari-harian semalam.

Ismail Sabri mahu semua agensi yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, menggembeling tenaga dan menyantuni semua mangsa.

Hantaran  seorang pengguna Tweeter menunjukkan gambar Ismail Sabri bertanya kepada seorang pegawai sesuatu.

Pastinya persoalan yang dilontarkan itu membabitkan semua agensi yang terlibat dengan pelbagai isu persediaan agensi, nombor talian hotline, aduan one stop center serta jumlah anggota penyelamat yang terlibat.

Pergerakan pasukan penyelamat, jabatan-jabatan lain yang perlu digerakkan turut di bawah radar Perdana Menteri kerana kebajikan rakyat didahulukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbo amat prihatin, mengambil peduli dan sangat serius perihal banjir yang melanda rakyat. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button