Nasional

COVID-19: Pelanggan boleh minta bukti dari tukang gunting rambut warga asing

PELANGGAN boleh meminta bukti daripada tukang gunting rambut warga asing bahawa mereka telah menjalani ujian COVID-19 dan tidak dijangkiti virus maut itu.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara syarat kedai gunting dibenarkan beroperasi adalah pekerja warga asing perlu membuat ujian saringan COVID-19 dan bebas daripada virus itu.

“Kita boleh minta bukti daripada surat yang dikeluarkan oleh setiap klinik apabila kita membuat ujian saringan.

“Biasanya klinik akan mengeluarkan surat yang menyatakan tidak dikesan. Pengunjung yang mengunting rambut berhak untuk meminta surat tersebut,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya pelanggang juga boleh membantu kerajaan melaporkan tukang gunting warga asing yang gagal menunjukkan bukti mereka telah membuat ujian saringan agar tindakan boleh diambil terhadap mereka yang engkar.

Ismail turut mengulas mengenai berita tular kononnya seorang tukang rambut dijangkiti COVID-19. Beliau berkata, sekiranya benar, mana-mana premis yang dijangkiti virus itu akan ditutup.

Kerajaan akan melakukan ujian saringan terhadap semua pelanggan kedai berkenaan dan kontak rapat melalui buku log yang disediakan untuk mengambil nama dan nombor telefon pelanggan.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, sehingga semalam 430 pendatang asing tanpa izin yang telah menerima rawatan di MAEPS telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Sejumlah 1,517 pendatang tanpa izin telah ditahan di bawah operasi bersepadu atas pelbagai kesalahan imigresen.-SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button