Jenayah

Tujuh kenderaan berlanggar di NKVE

SEBANYAK tujuh kenderaan terlibat kemalangan di Kilometer 24.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Sungai Buloh menghala ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kejadian berlaku kelmarin.

Kenderaan yang terlibat ialah Chevrolet Oprta, Proton X70, Proton Persona, Toyota Fortuner, BMW X5 dan dua lagi kenderaan adalah jenis Honda Civic.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku disebabkan pemandu salah sebuah kereta hilang kawalan.

“Chevrolet Oprta telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kanan.

“Proton X70 yang dipandu dari arah sama telah melakukan brek kecemasan hingga mengakibat perlanggaran dari arah belakang melibatkan Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Toyota Fortuner dan sebuah Honda Civic pula bergesel sesama sendiri sebelum berhenti di lorong kecemasan.

Jelasnya, BMW X5 yang datang dari arah sama tidak dapat mengelak lalu terbabas dan merempuh enam kenderaan terbabit di lokasi kejadian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – SM

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button