Politik

Dr. Sharuddin terus dapat perhatian pengundi Bukit Kepong

PAGOH 27 Februari – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal terus mendapat perhatian daripada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong setiap kali program yang dihadiri Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor itu.

Ini terbukti dua program awal hari ini iaitu bersarapan di Warung, Kampung Raya, Redan bersama penduduk setempat dan program Tukar Minyak Hitam Percuma bawah 150cc di lokasi yang sama mendapat sambutan yang mengalakkan.

Tidak dinafikan sentuhan Sahruddin masih mendapat perhatian pengundi dalam usaha beliau mempertahankan kerusi yang dimenanginya di DUN Bukit Kepong pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Biarpun sekadar memegang jawatan Menteri Besar Johor ke-17 selama 10 bulan dua minggu pada 14 April 2019 sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor namun ketokohannya tetap disanjung penduduk di DUN yang ditandingi.

“Setakat ini pengundi di Bukit Kepong masih memberi kepercayaan kepada saya.

“Berdasarkan sambutan mereka dalam setiap program diatur selepas penamaan calon pada Sabtu cukup memberangsangkan.

“Apa yang penting saya perlu bekerja keras dan tidak boleh anggap mudah laluan untuk menang kali ini kerana cabaran kali ini cukup sengit,” ujarnya.

Kerusi DUN Bukit Kepong menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Sahruddin akan berdepan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA; Nurafiqah M. Zulkifli dan Penyelaras Pejuang Parlimen Muar, Md. Taib Md. Suhut.

Dalam pada itu sewaktu bertemu jentera parti di PDM Paya Redan Sahruddin mahu seluruh jentera mengekalkan momentum yang kuat dalam usaha memastikan PN memenangi PRN Johor ini.

“Kita mesti sentiasa bersemangat dan berjuang habis-habisan sepanjang tempoh berkempen,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai namanya disebut bakal menjadi Menteri Besar Johor jika PN menang dalam PRN Johor, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh itu enggan memikirkan mengenai perkara tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button