Nasionalpilihan

Ebit Lew buat rumah transit untuk kanak-kanak hidap kanser

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew mewujudkan Rumah Kasih Umat khusus untuk dijadikan rumah transit kepada kanak-kanak kanser yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Menurut Ebit, tiada sebarang caj dikenakan untuk rumah tersebut yang terletak di Titiwangsa dan mereka yang memerlukan boleh menghubungi nombor 01170772380
“Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser.
“Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Syukur ramai orang lain dah mulakan. Kerajaan baik persendirian,” katanya,
Jelasnya, apa yang dilakukan ini adalah untuk menjadi sebahagian daripada usaha yang telah dilakukan kerajaan dan orang rama sebelum ini.
“Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button