Ladang solar terbesar di dunia hasilkan 10 gigawatt elektrik di Australia
Dirancang untuk membekalkan kuasa elektrik ke Singapura melalui kabel dasar laut
SEBUAH ladang lembu di pedalaman Australia bakal menjadi ladang tenaga solar terbesar di dunia dengan menjana 10 gigawatt elektrik.
Terletak di tengah-tengah antara Alice Springs dan Darwin ladang solar berkenaan sebesar 12,000 hektar yang boleh dilihat dari angkasa lepas selepas siap pembinannya.
Syarikat Sun Cable akan membina ladang solar di Newcastle Waters yang bernilai $20 bilion Australia itu dan dijangka sebahagian tenaga elektrik yang dijana akan dieksport ke Singapura.
Ketua eksekutif Sun Cable, David Griffin dilaporkan berkata, pembinaan ladang itu akan bermula pada akhir tahun 2023 dan bakal mengeluarkan tenaga elektrik menjelang tahun 2026 dan dieksport ke Singapura pada tahun 2027.
Newcastle Waters dipilih sebagai tapak ladang tenaga solar kerana beberapa faktor utama.
“Ia berada di koridor kereta api Adelaide ke Darwin, yang sangat baik untuk logistik kami memandangkan sejumlah besar bahan yang harus kami bawa loji tenaga solar,” katanya. Ia juga berada dalam jarak 30km dari lebuh raya Stuart, lebuh raya utama yang melalui wilayah utara yang jarang dihuni.
“Ini juga sedikit tindakan penyeimbangan, kerana jaraknya cukup ke selatan yang mempunyai sumber matahari yang stabil sepanjang tahun,” katanya. “Ada banyak cahaya matahari dan tidak banyak awan.”
Griffin juga mengatakan bahawa lokasi tersebut tidak jauh di selatan dan tidak menyebabkan kos penyaluran elektrik ke Darwin terlalu tinggi, dan tanah yang ada “sangat sesuai untuk pembinaan ladang solar kerana ia sangat rata”.
Tenaga elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke Darwin dan masuk ke grid kuasa negeri itu. Bagaimanapun Griffin mengatakan dua pertiga daripada kuasa itu akan dieksport ke Singapura melalui kabel dasar laut arus terus voltan tinggi.
Terdapat sekurang-kurangnya dua kabel, masing-masing dengan diameter sedikit lebih kecil daripada saiz bola sepak digunakan untuk keperluan tenaga elektrik di Singapura yang mahu bebas daripada sistem tenaga gas yang semakin mahal.
Sun Cable menjangkakan projek itu akan menghasilkan 1,500 pekerjaan langsung dan 10,000 pekerjaan tidak langsung semasa pembinaan, dan sekitar 350 pekerjaan tetap selepas beroperasi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuota dan kos pemasangan panel solar yang berkualiti di bawah Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (