fbpx
Bola SepakSukan

Klopp perjelas faktor kemenangan Liverpool ke atas Ajax

JURGEN Klopp menegaskan apa yang dipamerkan anak-anak buahnya dalam aksi menentang Ajax, awal pagi tadi (waktu Malaysia) ialah tentang semangat semata-mata dan bukannya gaya permainan, apabila Liverpool membuktikan kekentalan mereka untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan.

Sadio Mane menjadi inspirasi kepada keputusan penting tersebut dalam aksi sukar di laman lawan, bagi membuka saingan kumpulan dengan sempurna, tetapi yang menjadi tumpuan ialah aksi tanpa bolos untuk perlawanan sulung tanpa Virgil van Dijk yang ditimpa kecederaan serius.

Pada ketika Klopp bergurau bahawa perlawanan tersebut bukanlah aksi klasik daripada kedua-dua pasukan, pengurus itu menegaskan: “Aksi tanpa bolos amat penting, tetapi kami tidak bodoh untuk percaya yang kami tidak memerlukan sedikit tuah.

“Kami mampu bermain lebih baik, tetapi buat masa ini kami tidak peduli kerana apa yang lebih penting ialah kami gembira dengan kemenangan ini, jadi, bagaimana untuk aksi malam ini (awal pagi waktu Malaysia), sudah tentu okay.

“Kami berjaya harungi ujian ini sehingga ke hujung permainan dan kami berhak mencatat keputusan ini, ia mempamerkan semangat dan kekuatan kami.


“Pertemuan ini bukanlah aksi yang mudah dari segi persembahan, ia tidak akan menjadi tajuk muka depan dalam buku sejarah kami, tetapi saya berpuas hati dengan kekentalan yang kami tunjukkan, dan keputusan ini penting, kami berhak meraih kemenangan.”

Klopp menarik nafas lega menyaksikan Fabinho dalam aksi pertamanya mengisi kekosongan tempat van Dijk, mempamerkan persembahan meyakinkan di posisi bek tengah.

Malah, pemain Brazil itu yang berjaya menyepak bola keluar dari membolosi gawang Reds dengan cara mengagumkan sewaktu bergandingan bersama Joe Gomez, kata Klopp, membuktikan dia berupaya mempamerkan permainan yang lebih baik lagi.

“Ia memang membantu apabila para pemain berada di bawah tekanan, mereka masih mampu beraksi dengan yakin, dan benar Fabinho menunjukkan dia boleh bermain pada posisi tersebut, dia menyukainya.

“Saya tidak terkejut dia bermain baik di posisi itu, tetapi saya rasa dia boleh beraksi lebih baik daripada itu! Ia satu persembahan yang baik, tetapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan.

“Mereka masih baharu digandingkan bersama dalam apa juga situasi, tetapi persembahan mereka amat baik tanpa sebarang masalah, dan ia akan bertambah bagus,” jelasnya.

Klopp menafikan, bahawa dia telah menyusun perancangan awal bagi menggantikan ketiga-tiga tonggak depannya selepas sejam permainan berlangsung, dan menegaskan, dia hanya mahu membawa masuk pemain yang lebih cergas di jentera serangan bagi membantu mengawal permainan, yang mana pada anggapannya ia bertukar ‘sedikit liar’ pula selepas itu.

Mengulas mengenai Sadio Mane yang terpaksa meletakkan ais pada kakinya selepas di bawa keluar, Klopp berkata: “Dia mengalami kecederaan pada pahanya sejak beberapa hari lalu dan kita sedang berusaha mengatasinya, tetapi ia bukanlah masalah besar.” – Mirror UK – SM

Show More

Related Articles

Back to top button