Nasional

Macau Scam: Pengurus agensi perbankan hilang wang RM1.9 juta

SEORANG wanita berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus di sebuah agensi perbankan rugi RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku pada 5 Mei lalu ketika wanita tersebut mendapat panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Dalam perbualan telefon itu, mangsa telah didakwa terlibat dengan kes langgar lari hingga mengakibatkan kematian

“Mangsa juga telah dimaklumkan bahawa dia terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan satu mesej berkenaan waran tangkap juga telah dihantar kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa kemudian diminat untuk memberi kerjasama dengan membuka akaun bang yang baharu supaya semua wang itu dapat dipindahkan bagi tujuan siasatan Bank Negara.

Jelasnya, mangsa yang terpedaya dengan mengikut arahan individu tersebut pada keesokan harinya dan memindahkan semua wang ke dalam akaun baharu tersebut.

“Mangsa juga diminta untuk tidak membuat sebarang semakan dengan Bank Negara bermula bulan itu hingga September lalu dengan alasan untuk melancarkan siasatan.

“Mangsa kemudian diberitahu satu surah pengesahan akan dikeluarkan untuk menyatakan sama ada bersalah atau tidak pada awal Oktober dan jika tidak bersalah, wang tersebut akan dikembalikan,” ujarnya.

Mangsa kemudian mula merasakan dirinay tertipu selepas tiada surat diterima sehingga semalam dan membuat pemeriksaan ke bank sebelum mendapati wang berjumlah RM1,979,976 miliknya lesan dan telah dikeluarkan secara berperingkat.

“Kita ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan jangan sesekali panik serta mengikut arahan yang diberikan pemanggil tanpa menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nombor akaun bank, kad bank atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button