Hiburan

Nur Fatima Aisya nama anak sulung Nur Fazura, Fattah Amin

GENAP tujuh hari pasangan penyanyi serta pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya mengotakan janji mereka untuk mendedahkan nama bayi sulung mereka.

Menerusi status akaun Instagram milik pasangan tersebut, bayi perempuan yang lahir pada 2 Oktober lalu diberi nama Nur Fatima Aisya.

Turut dimuat naik ialah video Fazura memangku anaknya namun wajah bayi itu belum ditunjukkan dengan jelas dan hanya wajah sisinya sahaja yang dirakam.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ini tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties dan Uncles semua.

“Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia,” kata Fazura diruangan kapsyen.

Minggu lalu, pasangan Fazura dan Fattah mengumumkan yang mereka telah selamat dikurniakan cahaya mata pertama.

Namun juga memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah bayi itu sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang dirahsiakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. -SM

(Visited 673 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button