Politik

PRN Sabah: MCA tampil calon tempatan berbakat, berkredibiliti

MCA akan meletakkan calon yang berkredibiliti pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, parti itu sudah pun mengenalpasti anak tempatan yang akan ditampilkan pada pilihan raya tersebut.

Jelas beliau, MCA tidak akan sama sekali meletakkan calon ‘bidan terjun’ ataupun meletakkan orang luar dari Sabah.

“Kalau PRN di Sabah, tak mungkin saya nak letak orang dari Semenanjung. Tidak akan ada calon ‘bidan terjun’ daripada MCA.

“Saya rasa dalam struktur MCA, 25 bahagian ada bakat tempatan. Kalau ada bakat di sana, kenapa kita nak letak ‘bidan terjun’? Tidak kenalah.

“Orang Sabah sudah tahu, sudah 29 tahun kita berada di sana,” katanya pada sidang media har ini.

Sementara itu menurutnya, semua pihak perlu menunggu sehingga hari penamaan calon pada Sabtu ini untuk mengetahui kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti dalam Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Menurut Ka Siong, MCA akan bersama-sama memperkuatkan kerajaan memerintah iaitu Perikatan Nasional (PN).

PRN Sabah akan menyaksikan 73 kerusi DUN Sabah dipertandingkan. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan 12 September sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi awal pada 22 September.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button