BeritaNasional

AIU tertarik dengan teknologi pengurusan pintar Unimap

SISTEM Pengurusan Pintar yang dibangunkan Univerisiti Malaysia Perlis (Unimap) bakal dilaksanakan di Albukhary International University (AIU), Alor Setar, Kedah.

Sistem tersebut menyediakan perkhidmatan pengurusan secara pintar merangkumi aspek seperti sumber manusia, akademik, kehadiran dan pengurusan penginapan.

Menerusi sistem tersebut, ia dapat menjimatkan masa dan kos apabila semua proses boleh dilaksanakan dengan menggunakan telefon pintar.

Oleh demikian AIU bersetuju menjalin kerjasama dengan Unimap bagi menjayakan projek penyelidikan dan pembangunan sistem berkenaan yang dijalankan menerusi anak syarikat Unimap, Technopreneur At Unimap Sdn. Bhd (TUSB).

“Sebagai contoh, sistem kehadiran berasaskan geolokasi (GPS) yang mula dibangunkan awal tahun lalu ketika Majlis Ucaptama Tahunan.

“Kemudian dikembangkan penggunaannya susulan tercetusnya pandemik COVID-19 lalu, membantu pihak pengurusan mengesan lokasi staf dan pelajar Unimap sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sistem berkenaan juga dapat dipadankan dengan status zon Covid-19 yang dikategorikan hijau, kuning atau merah.

“Ia bagi memudahkan Unimap menyusun jadual pergerakan pulang pelajar ke kediaman masing-masing.

“Untuk kemasukan pelajar yang akan datang, Unimap akan terus memadankan data pelajar dengan kawasan-kawasan berisiko.”

Demikian kata Naib Canselornya, Prof Dr. R. Badlishah Ahmad ketika Majlis Memeterai Perjanjian Kerjasama (MOA) antara Unimap dan AIU hari ini.

Tambah beliau, sistem yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan Sistem Pengurusan Akademik dan Portal Pelajar (AMIS).

Selain itu AIU juga bersetuju menggunakan pengurusan pintar, Sistem Pengurusan Akademik Pasca Siswazah (GAMIS), Sistem Pengurusan Kemudahan Penginapan (HOMES) dan Sistem Pengurusan Informasi Kedatangan.

Dalam pada itu, Naib Canselor AIU, Prof. Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin, sistem yang dibangunkan oleh Unimap ini adalah signifikan kerana mampu menilai menilai pencapaian pelajar dan staf secara berkala.

Malah, lebih baik lagi, ia mampu memberikan amaran sekiranya berlaku keganjilan dalam data yang dimasukkan atau direkodkan.

“AIU amat mementingkan sistem yang mesra pengguna dan pada masa sama mengembangkan prosuder intervensi.

“Menerusi MOA ini juga, sistem yang dibangunkan ini akan menjadi milik AIU sepenuhnya.

“Sebagai sebuah universiti yang baharu, sistem ini amat penting bagi mengukur pencapaian pelajar secara holistik dan pada masa sama mempunyai kemampuan untuk menilai data dengan ketepatan dan kapasiti yang tinggi.

“Kita juga menggunakan perkhidmatan awan yang dapat membantu menjimatkan kos selain mempunyai system keselamatan dan privasi yang tinggi,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button