Hiburan

Heo Dong Won positif Covid-19, penggambaran drama dihentikan serta merta

PANDEMIK Covid-19 nampaknya belum lagi menunjukkan sebarang perkembangan positif di seluruh dunia. Banyak negara yang masih terkesan dengan wabak tersebut.

Baru-baru ini, wakil bagi drama Korea Selatan, Do Do Sol Sol La La Sol yang akan ditayangkan tidak lama lagi memberitahu seorang daripada pelakonnya telah disahkan positif Covid-19.

Menurut wakil tersebut, pelakon itu ialah Heo Dong Won yang juga memainkan peranan utama dalam drama tersebut.

Sementara itu, stesen penyiar drama tersebut, KBS2 juga dalam kenyataannya mengesahkan berita tersebut dan langkah-langkah pencegahan sedang diambil.

“Memang benar Dong Won sudah disahkan positif Covid-19 dan kami telah meminta semua pelakon lain dan semua staf penggambaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dengan segera.

BACA> Kontroversi buli: Seolhyun AOA teruskan penggambaran drama

“Selain itu, semua sesi penggambaran melibatkan drama tersebut akan dihentikan sehingga kita memperoleh keputusan Covid-19 bagi semuanya,” katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Do Do Sol Sol La La Sol merupakan drama yang akan ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis di KBS2 bermula 26 Ogos depan.

Selain Dong Won, drama ini turut dibintangi oleh Go Ara, Lee Jae Wook, Lee Soon Jae, Ye Ji Won dan ramai lagi.

Menurut KBS2, keselamatan kesemua pelakon dan kru produksi drama tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Disebabkan itu arahan untuk menghentikan sebarang aktiviti berkaitan dengan drama tersebut dilakukan serta merta.

BACA> ‘The Man From Nowhere’ bakal ke Hollywood

“Sekarang ini kita memikirkan hal kesihatan semua pelakon dan kru dahulu. Isu perubahan jadual penggambaran dan tarikh tayangan akan dibincangkan selepas semuanya selesai,” jelasnya.

Tindakan menghentikan aktiviti penggambaran tidak hanya melibatkan drama tersebut, tetapi juga buat drama berjudul To All The Guys Who Loved Me.

Perkara itu kerana teraju utama drama tersebut, Seo Sung Jong telah disahkan positif Covid-19 sehari sebelum Dong Won terjangkit wabak tersebut.

Dikhabarkan Dong Won mungkin terjangkit Covid-19 dengan Sung Jong kerana mereka berkongsi ruang latihan bagi teater berjudul Jjambong. -SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button