Nasional

Acryl Sani Timbalan Ketua Polis Negara?

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib esok.

Bagaimanapun, siapa yang bakal dilantik ke jawatan nombor dua di Bukit Aman itu hanya diketahui esok.

Menurut sumber Utusan Malaysia, tiga nama dicadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana keputusan akhir siapa yang bakal dilantik ke jawatan tersebut tetap berdasarkan penilaian kerajaan.

“Di PDRM terdapat 10 pengarah kanan. Jadi terpulang kepada kerajaan siapa yang bakal dipilih. Sudah pasti yang dipilih mempunyai pengalaman luas di dalam PDRM,” katanya .

BACA> Judi haram Sungai Buloh: SPRM sudah hubungi PDRM

Sementara itu, jemputan media Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia juga sudah diedarkan kepada petugas media semalam.

Majlis serah terima tugas itu dijadualkan berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur di Cheras, jam 8.30 pagi ini.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam tugas kepolisan dan pernah menjadi Pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Sumber Strategik dan Pengarah Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button