Video tidak sopan, wanita Mesir ini dihukum penjara 3 tahun
SEORANG wanita dari Mesir dipenjara tiga tahun selepas didakwa bersama kerana memuatnaik video menari dan meniru suara (lip-sync) sebuah lagi popular.
Hukuman yang dijatuhkan kepada Manar Samy itu dilakukan selepas Mesir bertindak menghalang pengguna media sosial wanita untuk memuatnaik video atau gambar di aplikasi TikTok dan Instagram.
Pihak pendakwaan mendapati video yang dimuatnaik Samy itu menyinggung kesopanan awam dan berpotensi untuk mempengaruhi orang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
Menurut pihak pendakwa raya seperti dilaporkan Dailymail, wanita itu boleh membuat rayuan hukuman tersebut dan membayar denda berjumlah RM110,000.
Ini bukan kali pertama wanita ditahan kerana memuatnaik video di aplikasi TikTok.
BACA> Keluar masuk Singapura: Rakyat M’sia perlu kemuka notis 7 hari
Sebelum ini, lima personaliti media sosial Mesir, Haneen Hossam, Mowada al-Adham dan tiga yang lain berdepan dengan hukuman dua tahun penjara kerana memuatnaik video di aplikasi tersebut.
Kerajaan Mesir yang sering menjadikan personaliti media sosial wanita sebagai sasaran mereka sering menjadi bahan perdebatan rakyat di sana.
Aktivis dan pakar undang-undang beranggapan bahawa hukuman yang dikenakan di bawah dakwaan menyinggung kesopanan awam disifatkan sebagai sesuatu yang membawa maksud terlalu besar untuk dihukum.
“Tuduhan menyebarkan pertengkaran atau menyinggung kesopanan awam sangat longgar … dan definisinya luas,” kata seorang pengamal undang-undang.
Sementara itu, kumpulan hak asasi mengatakan lebih banyak kebebasan telah dikurangkan di Mesir di bawah Presiden Abdel Fattah al-Sisi, yang mengambil alih jawatan pada tahun 2014.
BACA> Kes Covid-19 meningkat mendadak: Okinawa isytihar darurat
Beberapa tahun kebelakangan ini Mesir telah melaksanakan kawalan internet yang ketat melalui undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa menyekat laman web yang dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan memantau akaun media sosial peribadi dengan lebih daripada 5,000 pengikut. -SM