Luar Negara

Kes Covid-19 meningkat mendadak: Okinawa isytihar darurat

Penduduk diminta duduk dalam rumah dua minggu

AKIBAT penularan mendadak kes jangkitan Covid-19, wilayah Okinawa yang menjadi destinasi pelancongan popular di Jepun terpaksa diisytihar darurat.

Tempoh darurat itu berkuatkuasa bermula semalam (Sabtu) sehingga 15 Ogos sementara semua restoran hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 5 petang hingga 10 malam sahaja.

Oleh itu orang ramai di pulau berkenaan diminta duduk di rumah untuk tempoh dua minggu.

Gabenornya, Denny Tamaki mahu penduduk mengelak daripada keluar rumah jika tiada urusan penting.

“Kita lihat lonjakan penularan jangkitan. Kita isytihar darurat negeri sehingga 15 Ogos,” katanya kepada pemberita sambil menambah situasi di hospital terlalu sibuk berikutan berlaku lonjakan kes.

Okinawa merekodkan 71 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes 395.

Menurut pihak berkuasa tempatan, tentera Amerika Syarikat telah menyumbang sebanyak 248 kes sehingga ia menimbulkan ketegangan dengan pegawai tempatan.

Dianggarkan terdapat kira-kira 20,000 tentera laut Amerika di Okinawa, bersama dengan ribuan lagi tentera dari perkhidmatan ketenteraan Amerika yang lain.

Darurat di Okinawa menyaksikan Tokyo mengumumkan restoran, bar dan pusat karaoke ditutup pada jam 10 malam bermula 3 Ogos sehingga hujung bulan selepas angka kes harian mencecah rekod baharu.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, berkata ibu kota Jepun akan mengeluarkan darurat negeri jika kes terus berlanjutan. – ASTRO AWANI – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button