Alam SekitarHaiwan

Bangkai penyu seberat 150 kg ditemui di Port Dickson

Satu bangkai seekor Penyu Agar (Chelonia Mydas) jantan beranggaran 150 kilogram dijumpai hanyut di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan (DOF Negeri Sembilan) menerusi satu kenyataan berkata, penemuan hasil aduan orang awam tersebut mendapati bangkai itu sudah mulai mereput dan berbau.

“Penyu yang berusia anggaran 40 tahun itu dipercayai mati empat ke lima hari lalu dengan cangkerang pecah teruk.

“Kemungkinan penyu ini mati terkena pukat atau terkena kipas bot,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Bangkai penyu itu telah ditanam dan DOF Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan melaporkan penemuan tersebut.

BACA> Pendaratan penyu meningkat 70 peratus masa PKP

Penyu Agar juga dikenali sebagai ” penyu hijau ” mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau.

Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair.

Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm. – SM

 

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button