Politik

UMNO perlu hormati autonomi parti politik di Sabah

UMNO perlu menghormati autonomi parti politik di Sabah  dalam menentukan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, semua parti yang ada dalam Perikatan Nasional mempunyai autonomi di negeri itu.

“BERSATU di Sabah bukan blok yang kecil, mempunyai 25 bahagian dan 500 cawangan. Sudah tentu hasrat dan cita-cita politik BERSATU Sabah untuk bertanding (45 kerusi) ada asasnya.

“BERSATU Sabah juga ada autonomi. UMNO Sabah pun ada autonomi. Maksudnya, tidak kira BERSATU atau UMNO, kita harus hormati autonomi itu dan saling menghormati antara parti,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, UMNO dan Bersatu mempunyai formula tersendiri dalam menguruskan perbezaan.

Justeru beliau mengingatkan agar tidak ada pihak yang menambah ‘minyak ke dalam api yang marak’.

Pertikaian mengenai kerusi yang akan dipertandingkan bermula apabila Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan parti itu akan bertanding di 45 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan tidak mungkin parti itu akan memperoleh kerusi yang besar dalam PRN Sabah nanti.-SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button