Menara Berkembar Petronas jadi simbolik hari kemerdekaan Argentina
Hari ini menyaksikan negara kepada Lionel Messi, Che Guevara dan Diego Maradona iaitu Argentina menyambut hari kemerdekaan mereka yang ke 204.
Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, hari istimewa buat Argentina ini masih diraikan tetapi dengan cara yang berbeza.
Tahun ini menyaksikan bangunan kebanggaan negara, Menara Berkembar Petronas dijadikan sebahagian sebahagian daripada simbol istimewa antara Malaysia dan Argentina.
Bangunan 88 tingkat itu sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Argentina dek kerana perekanya, César Pelli berasal dari negara tersebut.
Menurut Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer, sambutan hari kemerdekaan tahun ini dibuat khusus untuk Menara Berkembar Petronas dan perekanya, Pelli.
“Kami membuat penghargaan khas buat Pelli yang meninggal dunia di usia 94 tahun ketika sedang aktif bekerja di pejabatnya tahun lalu.
“Menara Kembar Petronas bukan sahaja kebanggaan buat Malaysia, tetapi juga Argentina. Bangunan itu juga menjadi simbol persabahatan dua negara ini,” katanya.
BACA> Papparich bakal gulung tikar
Sementara itu, Pelli yang sempat ditemubual berkata, bangunan yang direkanya itu adalah satu daripada projek terpenting dan paling menakjubkan yang pernah direkanya sepanjang hidup.
Jelas Pelli, Menara Berkembar Petronas mencerminkan karakter budaya Malaysia dan tidak boleh didapati di mana-mana rekaan lain.
“Menara Berkembar Petronas bukan sahaja bangunan paling tinggi selama lapan tahun, tetapi satu-satunya bangunan dengan bentuk ikonik yang dibina di luar Amerika Syarikan dan Eropah.
“Sejak bangunan itu dicipta, ia mula mencetuskan paradigma dan menjadi rekaan bagi bangunan-bangunan pencakar langit yang lain terutamanya di timur Asia,” katanya.
Menariknya, sambutan hari kemerdekaan Argentina turut memaparkan pemuzik Belaria Trio yang membawakan lagu klasik Argentina Tango oleh Carlos Gardel berjudul Por Una Cabeza.
BACA> Tun Mahathir 95 tahun esok…berdamailah Tun demi tanah air ini
Lagu tersebut didendangkan di beberapa lokasi menarik di dalam bangunan Menara Berkembar Petronas.
Menurut Balaguer, tahun lepas menyaksikan mereka berjaya mencapai banyak kejayaan utama dalam pelbagai bidang terutamanya industri makanan, gas dan minyak serta teknologi maklumat.
“Kita juga menyaksikan bertambahnya pelaburan rakyat Argentina dan syarikat-syarikat yang membuat cawangan di Malaysia,” jelasnya. -SM